my family

my family

Wednesday, November 2, 2011

Resipi Nasi Ayam

Bahan-Bahan:

  •  Bahan Untuk Nasi

3 pot beras atau mengikut sukatan sendiri
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan (disimpul)
4 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 senduk majerin untuk menumis
2 ulas bawang putih di tumbuk bersama halia sebesar ibu jari dewasa

  • Bahan Untuk Sos Cili

4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 senduk air rebusan
secubit garam dan gula

  • Bahan Untuk Sos Kicap

1 senduk air rebusan
1 sudu kecil minyak bijan (optional)
4 sudu besar kicap manis (saya gunakan kicap ABC)
2 sudu besar kicap masin

  •  Bahan Untuk Sup Dan Ayam

1 ekor ayam ( dipotong 4 bahagian)
2 kiub pati ayam
Air mengikut separuh periuk anda

Bahan A

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari dewasa
(dikisar kesemuanya)

Bahan B

3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis
4 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
( dicampurkan kesemuanya)

Cara-cara:

Cara Membuat Sup Dan Ayam
1.Tumiskan bahan A sehingga naik baunya, kemudian masukkan air mengikut separuh periuk anda.
2. Masukkan kiub pati ayam apabila hampir mendidih, masukkan ayam dan rebuslah selama 1/2 jam.
3. Selepas itu, angkat dan toskan ayam. Air selebihnya jangan dibuang. Gaulkan Bahan B pada ayam tadi dan digaul sehingga sebati. Kemudian diperap selama 2 jam. Kemudian ayam digoreng dengan api yang pelahan supaya tidak hangus.
4. Lebihan air rebusan dibuat sup. Tambahkan air, serbuk perasa dan sedikit garam. Masaklah sehingga masak. Untuk menambah kelazatan sup boleh dihidangkan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Cara Membuat Nasi
1. Basuh beras dan toskan, kemudian masukkan beras ke dalam periuk biasa atau elektrik. Masukkan daun pandan dan serai. Biarkan seketika.
2. Panaskan kuali. Masukkan mentega. Apabila mentega cair masukkan bahan yang ditumbuk tadi, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sehingga naik baunya.
3. Padamkan api dan masukkan kedalam periuk elektrik dan air rebusan mengikut sukatan beras anda. Masak nasi seperti biasa.

Cara Membuat Sos Cili
Kisar cili merah dan bawang putih bersama garam, gula dan air rebusan. Sedia dihidangkan.

Cara Membuat Sos Kicap
Campurkan kesemuanya dan kacau sehingga rata. Kemudian hidang.

Hiasan - daun salad, timun dan tomato

* goreng ayam dengan api yang pelahan kerana dikhuatiri ayam yang dicampur madu cepat hangus.

last, sekali nyum-nyum...... ;)
Sumber: sudah lupa datang dari mana..harap maaf gambar tiada..huhu..

Tuesday, November 1, 2011

Open House-PPH Seremban, N9


" Open House Raya PPH Seremban at Sendayan"
-AIRIS- 

Birthday Gift


" Happy Birthday To Linda"
-AIRIS-

Black Forest Cookies

Bahan-Bahan:

Bahan A:
140 gm butter
45 gm brown sugar
45 gm gula castor
150 gm tepung superfine / tepung rose (saya menggunakan tepung rose)
25 gm serbuk koko
15 gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh emplex

Bahan B:
telur putih
Biskut Oreo dikisar kasar

Hiasan:
Coklat Putih

Cara:
1. Gaul semua bahan A. Terapkan dengan acuan empat segi sama. Sapu putih telur dan tabur oreo.
Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 hingga 25 minit.
2. Sejukkan, paipkan dengan coklat putih.




Contoh gambar yang saya buat..tapi tak cantik sgt..hahaha..1st time buat..2nd time InsyaALLAH.. biskut ni sangat sedap..suka sangat..Sumber resipi dari ibu kepada Alyani Nadiah iaitu Puan Sawdah Salim...hehe..Terima Kasih.

Some Gift From AIRIS-Cakes

"TQ Abg Bob
Semoga Berjaya"
- AIRIS-



Wednesday, July 20, 2011

Monday, June 13, 2011

Promo Pack


" first..."


" second..."


" complete with a ribbon "
-AIRIS-

Full Version


" Cupcakes Buah Tangan Untuk Balik Kg"


" Cupcakes sebelum terbalik dalam kereta..rosak semuanya..huhu.. "
- AIRIS -

Yeyey!! Balik Kampung...


" Theme:Thomas And Friends "


" Theme: Manchester United "


" Design suka-suka Hati Yg tak berapa Menjadi..hehe.."
- AIRIS-

Cupcakes For Hari Ibu - Maniera Asimah


" Reunion dekat rumah Zura "
- AIRIS -

Thursday, February 24, 2011

Taraaaa!! Introducing to All..

Asalamualaikum WRT,
Firstly, saya ingin mengucapkan salam perkenalan kepada semua. Actually, 1st post ni just untuk memperkenalkan family saya. Alhamdulillah, saya dianugerahkan oleh Allah seorang suami  yang penyayang bernama Mohd Hazim Kamaruzaman dan anak-anak lelaki  yang lasak, Muhammad Hafiy Rayyan dan Muhammad Haqqiy Rizqin..alhamdulillah..

Mesti kalian tertanya-tanya kenapa blog ini dinamakan " All About Airis"? Tercetusnya idea nama Airis adalah hasil gabungan nama panggilan ahli keluarga iaitu "A" untuk Abe (biasalah panggilan manja untuk hubby-hubby orang Kelantan..yeke?..hehe..) "I" adalah panggilan untuk Ikin, "R/RI" adalah untuk Rayyan dan Rizqin. Dan huruf "S" mewakili Satu / Sekeluarga. So, terciptalah Airis yang turut membawa maksud sejenis bunga yang dikenali bunga Iris. Semoga kehidupan family saya akan bahagia, harum, mekar dan ceria seperti bunga-bungaan di taman Firdausi.. Amin..(ceewah!!)

Okaylah, cukup dulu untuk kali ini.. Semoga hidup kalian sentiasa ceria dan bahagia..Take Care..

Salam Sayang.
AIRIS