my family

my family

Wednesday, November 2, 2011

Resipi Nasi Ayam

Bahan-Bahan:

  •  Bahan Untuk Nasi

3 pot beras atau mengikut sukatan sendiri
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan (disimpul)
4 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 senduk majerin untuk menumis
2 ulas bawang putih di tumbuk bersama halia sebesar ibu jari dewasa

  • Bahan Untuk Sos Cili

4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 senduk air rebusan
secubit garam dan gula

  • Bahan Untuk Sos Kicap

1 senduk air rebusan
1 sudu kecil minyak bijan (optional)
4 sudu besar kicap manis (saya gunakan kicap ABC)
2 sudu besar kicap masin

  •  Bahan Untuk Sup Dan Ayam

1 ekor ayam ( dipotong 4 bahagian)
2 kiub pati ayam
Air mengikut separuh periuk anda

Bahan A

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari dewasa
(dikisar kesemuanya)

Bahan B

3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis
4 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
( dicampurkan kesemuanya)

Cara-cara:

Cara Membuat Sup Dan Ayam
1.Tumiskan bahan A sehingga naik baunya, kemudian masukkan air mengikut separuh periuk anda.
2. Masukkan kiub pati ayam apabila hampir mendidih, masukkan ayam dan rebuslah selama 1/2 jam.
3. Selepas itu, angkat dan toskan ayam. Air selebihnya jangan dibuang. Gaulkan Bahan B pada ayam tadi dan digaul sehingga sebati. Kemudian diperap selama 2 jam. Kemudian ayam digoreng dengan api yang pelahan supaya tidak hangus.
4. Lebihan air rebusan dibuat sup. Tambahkan air, serbuk perasa dan sedikit garam. Masaklah sehingga masak. Untuk menambah kelazatan sup boleh dihidangkan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Cara Membuat Nasi
1. Basuh beras dan toskan, kemudian masukkan beras ke dalam periuk biasa atau elektrik. Masukkan daun pandan dan serai. Biarkan seketika.
2. Panaskan kuali. Masukkan mentega. Apabila mentega cair masukkan bahan yang ditumbuk tadi, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sehingga naik baunya.
3. Padamkan api dan masukkan kedalam periuk elektrik dan air rebusan mengikut sukatan beras anda. Masak nasi seperti biasa.

Cara Membuat Sos Cili
Kisar cili merah dan bawang putih bersama garam, gula dan air rebusan. Sedia dihidangkan.

Cara Membuat Sos Kicap
Campurkan kesemuanya dan kacau sehingga rata. Kemudian hidang.

Hiasan - daun salad, timun dan tomato

* goreng ayam dengan api yang pelahan kerana dikhuatiri ayam yang dicampur madu cepat hangus.

last, sekali nyum-nyum...... ;)
Sumber: sudah lupa datang dari mana..harap maaf gambar tiada..huhu..

No comments:

Post a Comment